sebelas tahun.........
Jumaat @ 7:21 PTG | 0 notes

Assalamualaikum semua// huuuu. okay, now aku maw cerita tentang hidup aku. tujuan aku maw tulis cerita tentang hidup aku bukan maw minta simpati dari khalayak orang ramai. ini blog aku dan aku berhak aku maw cerita apa pun pasal diri aku. dulu aku memang malas maw tulis blog and buat blog ni. tapi ada suatu hari tu aku memang sedih, tak tahu maw luahkan sama siapa lagi. Kirakan maw luahkan sama family atau kawan kawan. bila aku fikir balik dan fikir lagi. aku tak patut maw luahkan sama mereka. sebab........... ya. aku tahu aku memang tak layak maw kongsikan cerita yang orang akan cakap aku ni tidak waras. Terima kasih bagi sesiapa yang pernah dengar luahan aku dan berikan aku semangat. terima kasih sangat.

Okay. now aku rasa orang patut tahu tentang diriku sebenar dan aku rasa macam maw kongsi sama orang ramai. Lantak kamu la maw cakap apa. Ini UJIAN dan DUGAANNYA untuk aku seorang. aku hanya patut redha dan bersabar menerima ujianNYA. 

sebelas tahun ........... mesti kamu tertanya tanya apa yg aku maksudkan dengan sebelas tahun. okay, ''sebelas tahun'' bermaksud sebelas tahun aku membesar sendiri, membesar tanpa kasih sayang dari mamy and baba ku. bermula aku 5 tahun dan time tu tanggal 30 bulan 9 2005 mamy and baba ku BERCERAI. kamu tak perlu tahu la siapa nama mamy and baba ku. see? sungguh berat UJIANNYA untukku. *lap air mata*

Aku hanya berpaut pada didikan nenek ku. sebelas tahun jugalah aku dibesarkan oleh nenek dan anak anaknya. semasa aku berumar 6 tahun baba ku pernah cari aku di rumah nenek ku. tapi mamy ku suruh uncle ku bawak aku jalan sebab mamy ku ndak maw aku jumpa sama baba ku. mungkin ada sebab tertentu. 

sebelas tahun aku tidak pernah jumpa baba ku dan sekarang aku pun tidak tahu macam mana keadaannya. :'( tergerak hati untuk jumpa baba ku. tapi mamy ku pernah pesan. '' kalau kau maw jumpa baba mu, terus tinggal sama dia. jangan balik bersama kami sekeluarga '' 

tidakkah seorang anak mengalirkan air mata dan berasa sedih bila seorang ibu berkata begitu ? :'( nenek menceritakan kisah lalu bersama ku. Aku mengalir kan air mata bila aku dapat tahu yang baba ku angkara berlakunya perpisahan dan penceraian buat kami semua. bukan aku nak membenci ayak kandungku sendiri, tetapi rasa sakit bila dapat tahu baba ku yg angkara semua ni. 

bila aku naik ke sekolah Menengah, nenek dan anak anaknya semakin tegas mendidik aku. macam aku cakap tadi, aku hanya berpaut pada didikan dan kasih sayang nenek dan anak anaknya. di dunia ni tiada siapa yang sayang aku kecuali ALLAH. mamy sudah mendirikan rumah tangga yg baharu. mamy tinggal bersama ayah tiri ku dan aku tetap tinggal bersama nenek ku. 

bila aku melangkah ke sekolah yang baharu, sekolah menengah, tingkatan satu. sesi perkenalan bersama guru dan rakan rakan diadakan. :') aku rasa malu bila maw jawab pertanyaan rakan rakan  tentang ibu bapa ku. hari pertama ke sekolah mamy ku yg hantar sebab aku yg minta hantar. maklumlaaa, baru maw naik sekolah menengah. bila loceng dibunyikan itu menandakan tibanya masuk ke kelas. mamy menghantar ku sampai ke pintu kelasku. Aku salam tangan mamy ku and then mencium pipinya. saat itu laaa, aku rasa kali terakhir aku mencium pipi mamy ku and menyalam tangannya dan berkata I LOVE YOU MAMY:'( *lap air mata*

Kini umur ke semakin meningkat ke lima belas tahun. tahun ini aku bakal menduduki PMR. aku akan buktikan kepada semua orang yang aku boleh. dan aku akan mengembirakan ibu bapa ku. serta keluarga yg pernah mendidik dan membesarkan ku. AKU BOLEH. YA. AKU pasti.

Kini , aku semakin faham dengan keadaan yg menimpa kepadaku. Aku hanya mampu REDHA dan berdoa kepadaNYA. Aku tahu disebalik semua ni pasti ada hikmahNYA. ALLAH sengaja maw menguji kesabaran dan kekuatan ku. satu perkara dan tabiat yg perlu aku buang jauh jauh. rasa DENGKI ku bila melihat orang yang happy , dan mempunyai ibu bapa. hmmmm. faham faham ja laaa kan :') bersyukur la kamu masi ada yg sayang. jangan sesekali kamu melawan cakap orang tua kamu. cuba fahami mereka. :') 

hmmm, sampai sini ja laa dulu kay. bukan aku maw meminta simpati org pun. jangan la fikir negatif. biarlah aku hidup begini sahaja. serba kekurangan. Aku bersyukur dengan ALLAH sebab aku masi berpijak di buminya ini. :'0 kay. Assalamualaikum :'(